Tuesday, April 13, 2010

waNita...berTuah...

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakany 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T


copyright of-http://cahayatakwasufi.blogspot.com/

10 comments:

buk said...

tp berapa ramaikah yg dpt melepasi segala ujian yg diberikan kpd wanita ini...

mieya said...

memng x rmai...mira pon x jaoh lg perjalanan untok ke arah itoo...memng wanita bertuah..tp rmai yg x sedar..haih...trmsk lar yg ckp neh..hoho..

buk said...

x pe ade niat tu satu langkah yg baik menuju perubahan

mieya said...

hehe..terbek la buk..

Mohd LukMan said...

hoho.. tpikan wanitalah yg menyebabkan laki jadi jahat.. mira sokong x??hoho

mieya said...

hee...knapakah??mungkin anda salah bertemu wanita..wanita lar yg dpt membimbng laki jadi bek...wanita neh sgt lembut ati dye...(wanita solehah lar kn)..betaw..bawoo dgr al-hdayah neh td..heee,,,mcm2 input sal wanita..

Mohd LukMan said...

itu kalau jumpe wanita solehah mmg,, dr seorang lelaki yg jht dia boleh wat laki tuh jadi baik cam cerita syurga cinta..tgk x??

klu yg agak jahat opkos dia yg byk merosakkan laki.. cth kekadang isteri akan suruh suami buat itu ini yg salah.. cam suh wat pembaziran, byk g r.. g pun sape yg goda adam sampai keluar syurga..

camne pun silalah jadi wanita yg solehah.. dahlah xramai..huhu sedih2.. camne laki nak jadi bek camni.. harap mira xcam 2 tau..hoho

mieya said...

syurga cnta lg..hehe..tgklar..rmai tol kaum2 adam mnat cter neh ea..agaknyer sume org nk carik ckgoo syuhada masin2 an...hehe...

kaloo sume laki nk carik ckgoo syuhada meke...kaum wanita neh sdang mencari mr.aidil(lam cter nurkasih)..tgkkah??wakaka...

waa...mira sedang berusaha kearah itooo...tdk perloo ksempurnaan kn..berusaha kearah kebaikan...

Mohd LukMan said...

haha..btul ramai minat.. sya bkn minat cum tgk r... nur kasih xlayan sgt pun.. sebb x suka drama dia pjg, movie ok r.. yg pjg nih susah memerlukan msa yg byk,, sya kan sibuk walaupun bukan MPP cam org tuh...

isk teringin je nak cam cgu tu tpi diri ni sape r bkn baik pun.. ect sy pilih kelantan sbg tempat study nih sebb xsuka sgt tpt sy, penang.. kat sana sosial sgt n tkt klu terpengaruh.. pompuan2 sana isk xtau nak ckp.. rase xkwn xpe dr dpt cam 2.. tu sy pilih klantan.. agak tnang, pompuan kat sini pun agak ok lah..klu boleh pun nak cari jdh kat sini r..hehehe (gatal)

ok r mira sy tgk.. ada r beza skit gan pompuan len.. gud luck r lam pape pun... MPP boleh.. haha

mieya said...

hehe....lor mira pon x layan sgt..taw character jer kot..lor...sape2 pon leh carik ckgoo shuhada meke cndirik...hoho...iyakah??
hoho..ala..okeyh jer mira tgk org penang tuh...
cni pon lbey kurng jer..cume ok cket.
mane2 pon same...
heee......yg pnting jgn mudh trpngaruh an...

waa...mira ok cket jer ker??huhu...dalam proses pembaikpulihan..hee...